Jan 30, 2009

Kesungguhan Pemuda

youth-powerMohon perhatian, wahai para pemuda! Mungkin kita semua akan bertanya, “Mengapa pembicaraan tentang isu umat selalu di arahkan kepada pemuda?” Kerana para pemuda mewakili 70% penduduk masyarakat kawasan Timur sedangkan para pemuda di Barat hanyalah 30% daripada jumlah penduduknya. Namun apa yang ada di sebalik angka-angka ini? Di abad pasca millennium, kepentingan dan kekuatan sebenarnya berada di tangan umat islam. Kerana kita mempunyai ramai pemuda. Namun apa yang menjadi kekuatiran?

Angka 30% di Barat lebih banyak pengaruhnya dari 70% di Timur yakini umat Islam. Angka 70% tidak ada apa-apa nilainya di hadapan 30% Barat. Lantas apa kesimpulannya? Pembicaraan ini merupakan pembicaraan yang amat penting kerana kita akan membangun umat.

Kita semua sebagai pemuda mungkin bertanya, “Mengapa para pemuda?” Jawabnya begini. Anak-anak kecil yang sihat, belum dapat berfikir. Orang tua yang bijaksana, secara fizikal sudah tidak kuat lagi. Jika demikian siapa lagi yang dapat di harapkan? Tentunya yang sihat dan bijaksana malah mempunyai semangat yang tinggi. Siapakah mereka? Kita semua, para pemuda.inilah harta yang paling berharga untuk umat ini. Lihat sahaja di palestin, walaupun material tiada namun mereka masih mampu bangkit mempertahankan kedaulatan Negara dan agama Islam dengan kekuatan dan kualiti pemuda yang ada.

Standard sebuah bangsa di ukur atas pemudanya. Salah satu standard penilaianya adalah kesungguhan yang ada dalam diri seorang pemuda. Kesungguhan agar kita semua dapat melakukan perubahan dalam diri kita.

“Sesungguhnya Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Ar-Ra’d:11)

Jika syarat yang di tentukan oleh Allah ini tidak di terapkan, maka umat ini tidak akan tertegak. Mari kumandangkan sekarang, teriakkan sloganmu sekeras mungkin, “Saya siap sedia untuk melakukan perubahan”

Para pembaca yang budiman, pemuda yang sepanjang hidupnya hanya bermain, maka saat ujian tiba, dia akan berlaku curang. Ini menunjukkan ketidaksungguhan si pemuda tersebut. Mari kita melihat beberapa contoh dalam umat ini.

Para wanita saat ini amat gemar mengenakan pakaian ketat demi menarik perhatian para pemuda. Mereka mengenakan make up dan merapikan rambut hanya semata mahukan perhatian. Sedangkan para pemuda juga begitu, mengenakan pakaian sesempurna mungkin agar segak demi menarik perhatian wanita. Bayangkan di sana terdapat satu tayangan drama pencintaan. “Saya mencintaimu”. Pernyataan si gadis terus di jawab, “ Saya juga mencintaimu.” Namun lama kelamaan, kita akan menyaksikan tayangan yang tidak masuk akal! Kita tidak membicarakan soal halal haram di sini, tetapi perkara yang lebih penting dari itu, tentang umat Islam yang telah kehilangan nyawanya dan tentang Islam yang telah lenyap. Wahai pemuda, apakah masuk akal apabila kita mengambil hal-hal dari barat dan meninggalkan hal-hal yang baik untuk menunjukkan kesungguhan kita dalam emlakukan perkara? Sama sekali tidak.

Contoh lain adalah seorang penyanyi yang melantunkan sebuah lagu di suatu pesta. Para gadis berjoget dan berdansa, bahkan terkadang mereka bertudung. Sementara pemudanya berlenggang lenggok. Di dalam suatu riwayat Umar bin Khattab sedang berjalan di sebuah jalan. Dia melihat seorang pemuda berjalan berlenggang lenggok seenaknya. Umar bertanya, “Apakah kamu sakit?” Pemuda itu menjawab, “Tidak wahai amirul mukminin.” Kemudian Umar memberinya peringatan dan berkata kepadanya, “Kami tidak menyukai dan tidak meredhai umat Muhammad berjalan seperti ini.”


Wahai pemuda, contoh-contoh di atas sekadar beberapa coretan dari umat ini yang amat menyedihkan. Namun tidak saya katakan bahawa realiti ini berlaku kepada keseluruhan para pemuda. Masih ada segelinitr yang mahu bangkit. Akan tetapi sebahagian yang lain masih memerlukan pemuda-pemuda seperti anda untuk menyelamatkan mereka dan ini memerlukan KESUNGGUHAN.

Saudaraku yang terhormat, agama kita agama yang agung yang tiada cacat celanya. Segala kecacatan yang ada sebenarnya lahir dari dalam diri kita. Mari kita lihat contoh umat yang bangkit selepas kehancuran seperti Jerman dan Jepun. Semangat dan kesungguhan pemuda merekalah yang membangkitkan umat Barat di sana untuk menjadi Negara maju seperti hari ini. Perhatikan bagaimana kesungguhan itu boleh terwujud di dalam orang bukan Islam. Bandingkanlah kesungguhan dalam diri kita yang mahu melihat Islam kembali di puncak. Andai sedikit ejekan dari kawan-kawan akibat perubahan yang kita lakukan dalam diri kita sudah menggugah jiwa kita untuk berpaling dari ajaran Islam, bagaimanakah nasib umat ini. Cerminlah diri kita dan ungkapan ini merupakan teguran keras buat diri kita wahai pemuda. Wassalam

Hazli Hazlisham

No comments:

Post a Comment