Jan 29, 2009

Belajar Dari Burung Hud-Hud

burungKaum muslimin sekarang memerlukan orang yang dapat mengembalikan kepercayaan diri dan kebanggaan atas masa silam dan harapan kepada masa depannya. Kaum muslimin juga memerlukan orang yang dapat mengembalikan keimanan terhadap agama ini, agama yang mereka pikul namanya tetapi tidak mengenali hakikatnya. Agama yang lebih banyak di anuti melalui garis keturunan daripada kefahaman tentang agama ini sendiri.
Namun kerap kali yang kedengaran hanyalah orang-orang yang hanya alim bercakap teorinya. Sangat amat jarang sekali kita menemui orang-orang atau lebih tepat pemuda di kalangan muslimin yang mampu untuk merealisasikan cita-cita di atas. Bilangan pemuda pemudi yang mampu menggugah jiwa dan iman yang lesu di dalam umat islam hanya boleh di bilang dengan jari. Senario ini berlaku kerana sifat pasif yang ada dalam masyarakat melayu islam hari ini. Bagi kita apa yang berlaku terhadap masyarakat sekitar bukanlah tanggungjawab kita. Asalkan diri kita soleh, cukuplah. Satu mentaliti yang harus di buang apatah lagi dalam kegawatan sosial hari ini.

Wahai pemuda-pemudi sekalian, ayuhlah kita berperanan aktif dalam mengembalikan kegemilangan islam. Aktif di sini bukanlah membabi buta tetapi perlulah bijaksana.

Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik” (An-Nahl: 125)

Berperanan aktif adalah bertindak secara bijaksana dan dengan penuh perhitungan yang matang. Kita akan merubah sesuatu yang buruk menjadi baik. Merubah yang baik menjadi lebih baik. Kita ingin berubah. Kita ingin bertindak. Sebab, pelbagai musibah telah melanda kita di segenap tempat. Jika kita tidak saling membahu melakukan perubahan, jika Kita tidak menjaga anak-anak kita, bagaimana perubahan akan terwujud? Oleh itu kita menolak sikap pesimis seperti ini, “ Sikap saya tidak akan dapat merubah masyarakat ini.” Sebaliknya, kita memilih untuk lebih optimis dan yakin bahawa sikap kita akan merubah keadaan secara menyeluruh. Seperti tinta emas yang keluar dari mulut Al-Imam Hassan Hudhaibi, “Tegakkanlah islam dalam dirimu maka Islam akan tertegak di sekelilingmu.”

Allah berfirman

Maka tidak lama kemudian (datanglah hud-hud), lalu dia berkata, “Aku telah mengetahui sesuatu yang kamu belum mengetahuinya; dan kubawa kepadamu dari negeri Saba’ suatu berita penting yang di yakini. Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka, dan dia di anugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari selain Allah; dan syaitan telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk.”

(An-Naml: 22-24).

Perhatikan semangat burung hud-hud untuk menyebarkan agama Allah. Dia tidak memandang remeh perbuatan syirik yang dilakukan kaum Saba’. Sebaliknya dia melaporkan berita itu kepada Nabi Sulaiman a.s. sehingga akhirnya mereka kembali ke jalan Allah. Inilah sifat aktif burung hud-hud yang wajar kita contohi dan terapkan dalam kehidupan kita. Jangan sekadar menjadi katak di dalam gelas, hanya mampu melihat dunia luar dari kaca gelas tanpa berusaha untuk melakukan perubahan. Tahu tetapi tidak ada kemahuan. Sama-samalah kita menjadi lebih aktif.



Hazli Hazlisham

No comments:

Post a Comment