REVIEW


Dikemaskini 27 Ogos 2009

Cinta di Rumah HABCINTA DI RUMAH HASAN AL BANNA



Indahnya kehidupan di rumah pendiri dakwah Ikhwan Muslimin ini. Begitu banyak masa yang dikorbankannya untuk dakwah ini namun beliau sekali pun tidak melupakan cinta di dalam rumahnya sendiri. Beliau menyebarkan cintanya terhadap Islam ke seluruh kawasan di Mesir.Perasaannya yang halus terhadap Islam dan juga persaudaraan Islam yang dipupuknya dikalangan ikhwan dapat dilihat juga di rumahnya. Cintanya Hasan Al-Banna terhadap isteri dan anak-anaknya tersebar di dalam rumah dan menjadi asas yang penting dalam diri seorang daie.

Buku ini menceritakan bagaimana Sang Daie ini berperanan sebagai seorang bapa kepada anak-anaknya. Juga sebagai seorang suami kepada isterinya. Imam Hasan Al-Banna, semoga Allah merahmati beliau, banyak sekali memberikan kepada kita contoh yang praktikal dalam beramal ketika Islam telah menjadi asing dikalangan umatnya sendiri. Beliau kurang menulis buku namun beliau banyak mencetak manusia yang dikemudian harinya manusia-manusia itu kembali menulis perihal sipencetak manusia ini. Semoga kita semua dapat mengambil banyak manfaat dan beramal daripada kisahnya.

_________________________________________________________________________________________

Dimana SolahuddinPALESTIN DIJAJAH, DIMANAKAH SOLAHUDDINNYA?



Sebuah buku terbaru yang disusun dan ditulis oleh Dr.Zainur Rashid Zainuddin, seorang aktivis dakwah dan Penaung Aman Palestin yang tidak asing lagi apabila membicarakan tentang isu Palestin.

Buku setebal 96 muka surat ini memberikan kita informasi yang sangat-sangat bernilai bagi mereka yang mahu memahami isu Palestin ini. Gaya penulisan yang mudah dan terus kepada subjek memudahkan para pembaca memahami apakah yang perlu mereka fahami apabila membicarakan isu Palestin.

Buku ini ditulis hasil daripada kajian, pembacaan dan pengalaman beliau yang sangat mendalam dalam isu ini. Buku ini dihiasai dengan pelbagai gambar-gambar yang boleh membantu dalam kita memahami isu Palestin.

Buku ini diterbitkan oleh Aman Palestin Berhad, sebuah badan NGO yang ditubuhkan khusus untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat di Malaysia berkaitan isu Palestin. Disamping berusaha mengumpulkan dana untuk membantu mereka di sana.

Buku ini boleh di dapati di toko-toko buku sekarang dengan harga RM15.00

__________________________________________________________________________________________


imanwahayahIMAN DAN KEHIDUPAN

B
uku karangan Syeikh Dr.Yusuf Al-Qardawi ini sangat menarik untuk dibaca. Beliau telah menghuraikan satu persoalan yang sangat besar dan berat dengan menggunakan bahasa yang sangat mudah untuk difahami.


Manusia sentiasa mencari kebahagian dan seringkali merasakan (beranggapan) bahawa kekayaan yang dicari itu akan membawa mereka kepada kebahagiaan. Nilaian pemikiran yang tidak bertunjang kepada fitrah ini telah membawa manusia kepada kebinasaan diri mereka sendiri.



Beliau mengupas bagaimana iman memenuhi tuntutan fitrah manusia sehingga kita meyakini bahawa tiada kebahagiaan dan ketenangan jiwa jika tiada iman di dalam lubuk hati.  Beliau juga menghuraikan bagaimana iman yang mendalam kepada Allah  akan memberikan pengaruh yang sangat besar di dalam kehidupan manusia. Beliau telah membentangkan kepada kita sirah silam yang telah diukir oleh generasi iman yang terdahulu. Bagi mereka yang berasa was-was akan keberhasilan daripada memiliki iman yang benar itu lihatlah kepada sirah generasi iman terdahulu. Puncak kebahagiaan manusia adalah apabila mereka memperoleh syurga Allah ta'ala buat selama-lamanya. Bermulalah dengan iman yang benar hanya kepada Allah ta'ala di kehidupan dunia ini.
________________________________________________________________________________________

HamasHAMAS : Pejuang Kota Suci Baitul Maqdis

Bukan mahu menuduh tapi apabila membicarakan tentang HAMAS dan FATAH, ramai yang membuat kesimpulan tanpa membuat kajian.."macamana Islam nak menang kalau sama-sama Islam (HAMAS dan FATAH) asyik berperang". Itulah ungkapan yang biasa kita dengar bukan. Kita sering terpedaya dengan mainan media Barat yang tidak adil di dalam melaporkan berita berkaitan dengan HAMAS...

Sesungguhnya jalan dakwah ini yang telah diasaskan semula oleh Gerakan Ikhwan Muslimin selepas kejatuhan Khilafah pada 1924 telah memperlihatkan kesannya di Gaza. Ikhwan di Gaza telah membentuk kembali generasi baru muslim dengan Tasawur Islam yang jelas ketika Fatah mula bertapak di Gaza pada 1957. Asas pembinaan yang dimulakan oleh Syeikh Ahmad Yassin ini berterusan dengan pembinaan kelab-kelab belia, kelab masjid, kelab kebajikan, kelab orang pelarian yang mengumpulkan para pemuda-pemudi untuk mengenal Islam yang sebenar dan melakukan khidmat kebajikan dan kemasyarakatan. Keadaan ini berterusan, berakar umbi dan menawan hati penduduk Palestin.

Tatkala FATAH dilihat gagal membawa aspirasi ummah Palestin dengan menyimpang daripada Islam apabila bersekongkol dengan Zionis Yahudi..  Tatkala Zionis terus bermaharajela membantai penduduk Palestin.. Tatkala Fatah melacurkan kepercayaan Ummah.. Berlakulah Intifadah Mubarakah yang pertama pada 1987 dipimpin oleh Ikhwan Gaza di bawah Syeikh Ahmad Yassin yang membawa kepada penubuhan HAMAS. HAMAS telah muncul sebagai sebuah organisasi harapan ummah yang meletakkan kepentingan rakyat Palestin di hadapan. Perjuangan suci mereka adalah untuk membebaskan Baitul Maqdis dan keseluruhan tanah milik orang Palestin dari penjajah Yahudi. Merekalah pejuang Kota Suci Baitul Maqdis yang sebenar. Tidak pernah sekali pun mereka menggadaikan prinsip ini.


Untuk Mengetahui dengan lebih lanjut, bolehlah membaca buku ini dan ada dijual di toko-toko buku dengan harga RM 13.90. Di tulis oleh Saudara Maszlee Malik, seorang Pensyarah di Jabatan Ilmu dan Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan di Matrikulasi UIAM.

____________________________________________________________________________________


No comments:

Post a Comment