Oct 24, 2010

Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Pembina Perlis dan Pembina UUM (Kedah).

UUM Sintok, 23 Oktober – Satu perlawanan persahabatan bola sepak  telah diadakan di antara Pembina Perlis dengan Pembina UUM (Kedah) yang telah berlangsung di padang bola sepak Pusat Sukan UUM.

Pembina Perlis yang diketuai Saudara Hamzah Sakeran telah diwakili oleh 23 orang pemain dari seluruh IPT di Perlis seperti Unimap, UiTM, IPG Kampus Perlis dan Politeknik. Manakala Pembina UUM pula diketuai oleh Saudara Hisyam dan diwakili oleh 20 orang pemain yang kebanyakan mereka adalah dari UUM. Tujuan utama perlawanan persahabatan ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pembina Perlis dan Pembina UUM (Kedah). 

Perlawanan telah berlangsung selama 50 minit iaitu bermula pada pukul 6.00 petang dan tamat pada pukul 6.50 petang. Perlawanan yang sepatutnya berjalan lebih awal terpaksa ditangguhkan kerana hujan lebat yang turun di sekitar UUM. 

Perlawanan berlangsung dengan aman dan penuh ukhuwah tanpa sebarang masalah dan perselisihan faham. Namun terdapat beberapa pemain yang mengalami sedikit kecederaan semasa perlawanan berlangsung. Keputusan perlawanan ialah Pembina Kedah 4 Pembina Perlis 2.

Selepas selesai perlawanan bola sepak, para pemain telah disediakan dengan jamuan makan dan sesi taaruf ringkas.



Sebahagian gambar aktiviti. Paparan penuh di laman facebook PEMBINA Perlis

No comments:

Post a Comment