Jul 23, 2009

Rehlah Tautan Mahabbah

Aktiviti Perkenalan


GUA KELAM, PERLIS- 22 Julai 2009, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Perlis telah mengadakan Rehlah Tautan Mahabbah di Pusat Rekreasi Gua Kelam, Perlis. Program ini bertujuan untuk membina pertautan hati dikalangan belia yang terlibat disamping menjadikan aktiviti rekreasi di hujung minggu sebagai sebahagian daripada kehidupan. Program ini telah melibatkan belia-belia daripada Institusi Pengajian Tinggi sekitar negeri Perlis dan lebih bermakna kerana turut disertai oleh belia-belia yang baru mendaftarkan diri untuk memulakan sesi pengajian pada tahun ini di Universiti Malaysia Perlis dan UITM Kampus Arau.

Turut hadir hadir ke program ini penasihat PEMBINA iaitu Ustaz Yahaya bin Nayan dan Ustaz Noor Zamri bin Ibrahim. Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar dan diikuti dengan penuh semangat walaupun dibasahi dengan titisan-titisan hujan yang tidak menentu kelebatannya.



DurianProgram pada hari tersebut sebenarnya bermula dengan santapan Raja Buah di sebuah dusun di hujung Kampung Titi Tinggi. Perjalanan menghala ke dusun tersebut di awal pagi dengan cuaca yang agak menyejukkan sungguh mengasyikkan. Setibanya di dusun kira-kira jam 9.00 pagi, para belia harapan bangsa ini dihidangi dengan puluhan biji buah durian. Seolah-olah dicabar, dengan semangat orang muda, satu persatu buah durian tersebut dikopek. Masing-masing menyantap raja buah tersebut tanpa segan silu disamping mempelajari teknik-teknik memilih durian yang berkualiti.

Aktiviti diteruskan setibanya tiba di Pusat Rekreasi Gua Kelam. Berbekalkan suasana alam semulajadi yang sungguh  hening, aliran sungai yang begitu deras, sesi taaruf dimulakan. Program diteruskan dengan beberapa aktiviti yang kelihatan agak santai tetapi mempunyai mesej yang amat bermakna disamping mengikat tali silaturahim. Selepas itu, para belia ini menjamu selera dalam suasana yang nyaman dek rintisan hujan yang renyai-renyai.

Majlis diakhiri dengan solat zohor berjemaah dan tazkirah oleh Ustaz Yahaya bin Nayan. Sesungguhnya program ini banyak memberi pengalaman baru dan amat bermanfaat kepada para belia. Majlis bersurai pada jam 2.30 petang.

Laporan Disediakan oleh

ARahman


Abdul Rahman bin Ismail

Penolong Setiausaha
PEMBINA Perlis

2 comments:

  1. salam ziarah...
    wow...
    timbln YDP..
    padan kurang jmpe ye skrg..
    byk aktiviti luar..
    alhamdulilah..
    moga saudara berjaya..

    ReplyDelete
  2. terkenang2 jalan yg berliku smasa nak ke gua kelam

    ReplyDelete