Jul 21, 2009

Program Penghayatan Isra' dan Mi'raj

Luruskan Barisan....!Tanggal 19 dan 20 Julai 2009 yang lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) negeri Perlis telah menganjurkan program Penghayatan Israk & Mikraj bersempena sambutan Israk dan Mikraj 1430 H. Aktiviti sepanjang program ini telah diadakan di Dewan Seminar Gua Kelam 2 dan penginapan para peserta di Motel Putra Wang.

Sesuai dengan objektif PEMBINA untuk menjana generasi baru yang bertanggungjawab terhadap agama dan bangsa, program ini telah mensasarkan ahli PEMBINA di seluruh negeri Perlis. Justeru, diharapkan belia-belia ini mampu membina generasi harapan sekaligus menggarap para belia di Negara ini untuk membangunkan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan Negara.



Dark CaveProgram ini bermula pada petang Ahad dengan solat asar berjemaah dan seterusnya aktiviti ‘ice breaking’ serta sedikit riadah ringkas. Aktiviti pada malamnya diteruskan dengan dua slot pembentangan oleh Ustaz Yahaya bin Nayan. Slot pertama berkenaan dengan peristiwa Israk & Mikraj dan kaitannya dengan bumi suci Palestin manakala pembentangan slot kedua berkenaan pentingnya pendidikan yang sempurna dalam kehidupan. Aktiviti pada malam ini diakhiri dengan bengkel untuk membincangkan resolusi daripada dua pembentangan yang sebelumnya. Para peserta telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil dan dibimbing oleh seorang fasilitator.

Hari kedua dihayati dengan penuh semangat dan dimulai dengan qiamullail bersama-sama, solat subuh serta kuliah subuh oleh Ustaz Noor Zamri bin Ibrahim. Selesai sahaja sarapan pagi, semua peserta telah bersedia untuk mendaki Bukit Gua Kelam. Keadaan sekeliling yang hening dan nyaman di pagi tersebut telah menghidupkan suasana program. Pendakian berlaku dalam suasana yang penuh mahabbah dan menyeronokkan.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk menguji daya tahan para peserta disamping mengikat ukhwah antara satu sama lain. Selesai sahaja menjelajah Gua Kelam, para peserta berpeluang untuk bermain futsal dan mandi-manda. Program diakhiri dengan majlis penutup dan sedikit jamuan. Majlis bersurai kira-kira jam 11.00 pagi.

Laporan disediakan oleh:

ARahman
Abdul Rahman bin Ismail
Penolong Setiausaha
PEMBINA Perlis

No comments:

Post a Comment