Nov 1, 2010

Perkelahan Eratkan Ukhuwwah di Bukit Ayer

KANGAR, 31 Oktober - Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis telah menganjurkan satu perkelahan di Hutan Lipur Bukit Ayer Kangar Perlis.

Perkelahan ini bertujuan bagi mengeratkan ukhuwwah yang terjalin di kalangan ahli selain memahami akan kepentingan tarbiyyah melalui pemerhatian terhadap kebesaran alam.

Seramai 25 orang peserta dari IPT sekitar perlis telah memeriahkan segala aktiviti yang disediakan sepanjang program perkelahan tersebut seperti polo air dan BBQ secara komited biarpun hujan lebat membasahi seluruh kawasan rekreasi tersebut.

Program turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Yang Di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Perlis Ustaz Noor Zamri bin Ibrahim yang memberikan sedikit pengisian bagi santapan rohani para peserta.

Perkelahan ini diakhiri dengan persembahan para peserta yang mendendangkan nasyid bertemakan ikatan persaudaraan sebelum bertolak pulang.




Sebahagian gambar aktiviti. Paparan penuh di laman facebook PEMBINA Perlis