Jan 25, 2009

MAJLIS PENYERAHAN KUTIPAN ‘TABUNG UNTUKMU PALESTIN’ DI IPGM CAWANGAN PERLIS

p1230013a

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang maha mentadbir dan segala sifat kesempurnaan hanya layak kepadaNya.


Pada pagi jumaat, 23 Januari 2009 yang lepas, telah berlangsung Majlis Penyerahan Kutipan ‘Tabung Untukmu Palestin’ Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Perlis kepada wakil Aman Palestin Berhad. Majlis ini berjalan dengan lancar dan disaksikan oleh semua warga IPGM Kampus Perlis. Program ini dimulakan dengan penyampaian tazkirah yang penuh semangat oleh Dr. Mohd Rosdi bin Mahamud, pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.



Majlis diteruskan dengan tayangan ‘slide show’ daripada Aman Palestin yang bertemakan ‘Aman Palestin, Suatu Pengenalan’. Seterusnya, berlangsung penyerahan kutipan ‘Tabung Untukmu Palestin’. Simbolik penyerahan telah disempurnakan oleh Pengarah IPGM Kampus Perlis, Tuan Haji Md. Rusli bin A. Rashid kepada wakil Aman Palestin Berhad, Encik Noorzamri bin Ibrahim. ‘Tabung Untukmu Palestin’ telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM 7720.00.


Jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga IPGM Kampus Perlis atas sokongan dan sumbangan kepada tabung ini. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

p1230030a



Sedikit maklumat berkenaan ‘Tabung Untukmu Palestin’. Tabung ini telah diusahakan oleh Majlis Perwakilan Pelajar IPGM Kampus Perlis dengan kerjasama Aman Palestin Berhad. Tabung ini telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah, Dr. Hamzah bin Ihsan ketika Majlis Perhimpunan Organisasi dan Perasmian Penutupan Minggu Pengurusan Pelajar Baru ambilan Januari 2009 pada 16 Januari 2009 yang lepas.


Pada majlis tersebut edaran maklumat bercetak dan tayangan video berkenaan penderitaan umat Islam di Palestin turut diadakan. Penderitaan ini adalah hasil daripada penindasan dan penjajahan yang dilakukan oleh Israel laknatullah ke atas rakyat Palestin. Sedikit sebanyak tayangan video ini berjaya menyentuh mata hati bagi mereka yang berfikir dan tidak buta hatinya. Turut kelihatan para pensyarah dan pelajar menitiskan air mata pada majlis tersebut. Mungkin terharu dan sedih dengan apa yang menimpa saudara-saudara seakidah kita di Palestin.


Simbolik pelancaran ‘Tabung Untukmu Palestin’ turut dijayakan oleh sekumpulan sukarelawan askar wataniah IPGM Kampus Perlis dan kumpulan pelajar daripada PISMP Pendidikan Seni Visual yang bertungkus lumus menyiapkan kain rentang untuk majlis ini. Gerai jualan daripada Aman Palestin turut diadakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.


Kutipan untuk tabung ini berlangsung selama seminggu dan diedarkan keseluruh pelusuk tempat di IPGM Kampus Perlis. Semua tempat termasuk pejabat pentadbiran, jabatan hal ehwal pelajar, perpustakaan, kantin jazila, kafe sharbina, surau nurul Iman dan lain-lain lagi kelihatan ‘Tabung Untukmu Palestin’. Ini amat penting supaya semua warga IPGM ini tidak ketinggalan dan tidak terlepas peluang untuk memberi sumbangan setakat yang termampu kepada masyarakat Islam di Palestin. Selain doa dan wang, apa lagi yang kita boleh beri untuk umat Islam di Palestin?

p1230029a

Sebagai bakal pendidik yang akan mewarnai dunia pendidikan negara suatu hari nanti, kefahaman terhadap isu-isu Palestin adalah amat penting. Selain daripada memberi sokongan dan kepedulian warga IPGM Kampus Perlis terhadap saudara seislam di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza, Tabung ini juga bertujuan untuk menyatakan kebersamaan warga IPGM Kampus Perlis dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.

Jika diimbas kembali bagaimana tercetusnya idea untuk melancarkan tabung ini, kisahnya bermula apabila terdapat dua orang exco Majlis Perwakilan Pelajar meluahkan perasaan mereka kepada seorang sahabat yang juga merupakan ahli MPP. ‘MPP tak nak wat apa-apa ke untuk membantu masyarakat Islam di Gaza?’ Ketika itu Gaza sedang teruk dilanyak oleh Israel. Kebetulan atau memang sudah dirancang oleh yang Maha Kuasa, sahabat ini baru sahaja beberapa jam balik daripada Program Rapat Umum Selamatkan Gaza anjuran Aman Palestin yang diadakan di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Apa lagi, berbekalkan semangat yang diperolehi dalam program rapat umum itu “Khaibar, Khaibar Ya Yahud! Jaishshu Muhammad, saufa ya’ud! Khaibar, Khaibar Ya Yahud! Jaishu Muhammad, saufa ya’ud! Bid damm! Wa bir ruuh! Nufdiiki ya Ghazzah!”, sahabat itu terus bercerita berkenaan Palestin kepada dua orang exco tersebut yang bersungguh-sungguh hendak mengetahuinya. Panjang lebar perbincangan lewat malam itu dan sahabat tersebut sempat memberi pamphlet yang diperolehinya di Stadium Melawati. Cakap-cakap pada malam itu yang mula-mulanya main-main rupanya menjadi suatu yang serius. Hasil perbincangan, MPP kena buat sesuatu. Bermula disitulah perancangan dan strategi dibentuk sehingga menghasilkan tindakan untuk melancarkan “Tabung Untukmu Palestin” dan mengadakan majlis penyerahan kepada Aman Palestin. Alhamduliilah segalanya berjalan dengan lancar dan baik sekali.


Untuk akhirnya, tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar kerana berjaya mengusahakan tabung yang penuh bermakna ini. Kepada semua warga IPGM Kampus Perlis, terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan sekali lagi.



Abdul Rahman bin Ismail
Guru Pelatih
IPGM Cawangan Perlis

3 comments:

  1. ALHAMDULILLAH......MASIH RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG MAHU MENDERMA KPD RAKYAT PALESTIN.....SAYA HARAP PERKARA INI BOLEH BERTERUSAN SEHINGGA BUMI PALESTIN AMAN KEMBALI

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Saudari ULFA kerana memberikan komen yang membina. Teruskan memberi komen.. :)

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dalam membantu saudara-saudara kita di Palestin. Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan menjadi bekalan buat kita semua di akhirat kelak.

    ReplyDelete