Aug 25, 2009

Forum Al-Quds di Masjid Negeri Arau

Panelis Forum
Bila disebut al-Quds, mungkin ramai lagi yang belum mengerti akan perjuangan masyarakat Islam dunia menentang Zionis laknatullah. Rata-rata masyarakat menganggap penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan Israel dan peperangan yang berlaku di sana adalah sekadar peperangan antara negara tanpa perlu kita melibatkan diri dalam permasalahan tersebut. Lemahnya kita orang Islam pada sejarah menyebabkan kita tidak tahu-menahu sebab-musabab peperangan tersebut dan akhirnya kita membiarkan saudara-saudara kita di sana dianiaya dan qiblat pertama umat Islam semakin hancur.


Para Hadirin
Alhamdulillah, Aman Palestin dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Perlis dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Perlis telah berjaya menganjurkan satu forum bagi menerangkan secara terperinci kepada masyarakat umum mengenai situasi semasa yang berlaku di al-Quds. Forum ini telah diadakan selepas solat Maghrib pada 15 Ogos 2009, bertempat di Masjid Negeri Arau, Perlis. Bersempena Hari al-Quds sedunia, forum ini dijayakan dengan penyampaian yang amat menarik sekali daripada Dr. Zainur Rashid Zainuddin dan Dr. Azwira Abdul Aziz yang merupakan panelis Forum al-Quds. Dr. Zainur merupakan seorang pakar perubatan Obstetrik dan Ginekologi, merangkap perunding AMAN Palestin Bhd. Manakala Dr. Azwira merupakan pensyarah kanan di Jabatan Pengajian Al-Quran dan As- Sunnah, UKM. Kehadiran Haji Mohd Arif Mat Noor, Pengarah Urusan QSI Therapy & Training yang bertindak sebagai moderator memeriahkan lagi Forum al-Quds ini.

Dr.Zainur Rasyid
Forum al-Quds ini merupakan program umum yang bertujuan menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat setempat tentang situasi semasa yang berlaku di Palestin, dan tanggungjawab individu Muslim untuk membantu rakyat Palestin. Selain itu, panelis juga menerangkan mengenai status masjid al-Aqsa yang merupakan: Qiblat pertama umat Islam Masjid kedua dibina di bumi, iaitu selepas 40 tahun pembinaan Ka’bah di Makkah Tanah haram ketiga umat Islam Kehadiran jemaah yang agak ramai memberi satu penanda aras bahawa forum sebegini dapat menarik minat masyarakat ke arah lebih memahami isu al-Quds ini.

Pameran

Di samping itu, galeri pameran yang dibangunkan dengan kerjasama ahli-ahli PEMBINA Perlis sentiasa dikunjungi hadirin sepanjang berlangsungnya forum ini. Hadirin juga diberi peluang untuk berdiskusi mengenai isu ini bersama panelis forum. Program ini disudahi dengan jamuan makan malam melibatkan semua jemaah yang hadir. Pihak Aman Palestin dan PEMBINA Perlis mengharapkan agar forum ini dapat mengubah persepsi masyarakat umum mengenai isu-isu al-Quds yang sering dicanangkan banyak pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kepada Jabatan Mufti Negeri Perlis terutamanya kepada Sahibus Samahah Dr. Juanda bin Jaya dan Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, panelis forum, Jawatan Kuasa Masjid Negeri Arau, sukarelawan PEMBINA Perlis, muslimin muslimat serta semua pihak yang terlibat menjayakan Forum al-Quds 2009.

Disediakan oleh
Mohamad Izril bin Ishak

2 comments:

  1. Gandingan kerjasama yang cukup mantop
    Jabatan Mufti, Aman Palestin dan PEMBINA.
    moga penggarapan massa seperti ini berkesan
    dalam mendidik masyarakat..

    ReplyDelete
  2. Mudah2an dgn program sebegini masyarakat akan terdetik untuk bangkit dlm mengembalikan maruah umat Islam yg tercalar

    ReplyDelete