May 17, 2009

Rombongan Guru Pelatih IPGM Kampus Perlis ke Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ)


Di dalam Dewan Merdeka


Berakhirnya Agenda Zionis”… satu ungkapan yang penuh misteri dan menimbulkan pelbagai persoalan. Setiap orang mungkin mempunyai sudut pandangan yang berbeza-beza dalam memperkatakan ungkapan ini. Ada yang berbentuk positif, ada yang lagak bunyinya agak negatif dan tidak kurang sebilangannya yang tidak mampu untuk memberi apa-apa respon. Mungkin tidak berminat atau tidak mempunyai kesedaran dalam hal ini.




Bergambar Kenangan
Apa pun yang terjadi, ungkapan “Berakhirnya Agenda Zionis” telah berjaya membuka hati warga IPGM Kampus Perlis untuk menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang diadakan pada 9 Mei 2009 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Kuala Lumpur. Ramai guru pelatih di IPGM Kampus Perlis yang menyatakan minatnya untuk menyertai konvensyen ini. Namun begitu, disebabkan banyak permintaan, hanya guru pelatih yang terpilih sahaja yang berpeluang untuk menyertai konvensyen ini. Kebanyakan mereka terdiri daripada jawatankuasa Persatuan Guru Pelatih Islam. Kepada yang tidak berpeluang, insya Allah pada kesempatan yang lain pula.

Alhamdulillah, segala persiapan berjalan dengan lancar. Maka pada 8 Mei 2009, satu rombongan guru pelatih IPGM Kampus Perlis yang terdiri daripada 37 orang, 17 pelatih lelaki dan 20 pelatih perempuan telah bertolak ke IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi. Rombongan ini diiringi oleh seorang pensyarah iaitu Puan Che Som binti Baharom, Ketua Unit Sosial dan Kebajikan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Keesokan harinya, perjalanan daripada Bangi ke Kuala Lumpur lancar sekali. Dengan semangat yang penuh membara kami menjejakkan kaki ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur untuk menyertai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis. Kebanyakan daripada kami, inilah kali pertama tiba ke tempat ini, suatu tempat yang cukup berprestij di Malaysia. Tahniah kepada PEMBINA dan Aman Palestin sebagai pihak penganjur yang memilih tempat ini dan berjaya dalam penganjurannya.


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kerana konvensyen ini berjalan dengan lancar dan semua pembentang kertas kerja iaitu Dr. Azzam Tamimi, Dr. Mohsen Salleh dan Dr. Roslan Mohd Nor berjaya mengupas isu ini dengan penuh tuntas dan meyakinkan. Sesungguhnya agenda zionis pasti berakhir.

Para Guru Pelatih Wanita

Untuk akhirnya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengusahakan rombongan daripada IPGM Kampus Perlis terutamanya pihak pentadbiran institut, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Persatuan Guru Pelatih Islam dan Majlis Perwakilan Pelajar. Semoga segala usaha diberi ganjaran dan diredhai oleh Allah Taala.

Kepada guru pelatih IPGM Kampus Perlis pula, diharapkan kalian semua mampu untuk memahami isu ini dengan tuntas dan konvensyen ini sebenarnya memberi satu perspektif baru kepada guru pelatih yang cintakan keamanan bahawa agenda-agenda zionis ini akan berakhir. Sesungguhnya propaganda zionis dalam usaha mendirikan Israel Raya, menghalalkan tindakan kejam terhadap rakyat Palestin dan agenda-agenda zionis yang lain sebenarnya telah didokumenkan secara rasmi. Satu persatu penipuan zionis sedang diselongkar dan dibongkarkan. Zionis pasti tewas dan berkubur.


Kesimpulannya, kita sebagai guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Malaysia seharusnya mengambil langkah-langkah yang proaktif dan berterusan untuk membangunkan jati diri dan “insan guru” sebagai seorang muslim yang sedar dan bertanggungjawab.

Sekian.

ARahman


Abdul Rahman bin Ismail
Penolong Setiausaha
PEMBINA Perlis





6 comments:

  1. tahniah...
    lawa gambo tu...
    sape fotografernya ek???

    ReplyDelete
  2. Tahniah ats IPGM Perlis di ats sokongan mantap untuk KBAZ...

    ReplyDelete
  3. best tol dapat pergi...

    ReplyDelete
  4. tahniah..
    ada kesempatan dan ruang sampaikanlah berita kepada saya..
    moga kita sama2 berjuang untuk palestin...

    ReplyDelete