Mereka didedahkan tentang sejarah palestin, Yahudi, gerakan zionis,
i. Memperkenalkan Aman Palestin dan PEMBINA kepada orang ramai khususnya warga ipg.
ii. Memberi penerangan kepada masyarakat tentang isu-isu Palestin dan peranan umat Islam dalam menangani isu-isu tersebut.
iii. Mempromosikan “Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis” yang akan diadakan pada 9 Mei 2009 bertempat di PWTC, Kuala Lumpur.
iv. Melatih dan memberi pendedahan kepada sukarelawan PEMBINA dan Aman Palestin untuk bergerak secara bersama serta membina keyakinan untuk menggarap massa.
Di samping itu, Tabung Aman Palestin juga disediakan sepanjang pameran berlangsung untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang kepada rakyat palestin. Kesedaran yang berterusan daripada umat Islam dalam memahami isu Palestin adalah amat penting. Umat Islam harus menyedari bahawa isu Palestin adalah isu umat Islam sejagat. Bukan isu bangsa Arab atau isu rakyat Palestin sahaja. Kenapa tidak, di situlah terletaknya Masjid Al Aqsa yang merupakan qiblat pertama umat Islam dan tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Masjid ini adalah masjid yang kedua dibangunkan di muka bumi selepas Masjidil Haram dan merupakan masjid yang ketiga suci disisi Allah s.w.t. Di bumi inilah telah dihantar oleh Allah para nabi secara berkesinambungan termasuklah Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Daud, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain-lainnya untuk mengajak manusia agar beriman kepada Allah, Tuhan yang Esa. Selain itu, booth pameran Palestin dan PEMBINA turut menyediakan barang-barang jualan daripada Aman Palestin. Hasil jualan akan dimasukkan ke dalam Tabung Aman Palestin. Sepanjang pameran ini berlangsung, pelbagai gelagat yang mencuit hati yang dapat diperhatikan sama ada daripada pengunjung atau sukarelawan PEMBINA sendiri.
Untuk akhirnya, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua warga
Abdul Rahman bin Ismail
Penolong Setiausaha
PEMBINA Kangar
Teruskn usaha dalam memperoleh ganjaranNya
ReplyDeleteTahniah atas kejayaan PEMBINA Perlis membuka booth sempena konvokesyen. Wah, lps ni boleh la kita tubuhkan PEMBINA Cawangan IPGM Kampus Perlis ya...
ReplyDeleteRuginya xdpt bersama kali ni(yang kali2 sblm tu pun xdpt join jgk).
ReplyDeleteIPGM Kampus Perlis sgt mantap dgn aktiviti2 PEMBINA.
Semoga lebih banyak aktiviti yg boleh disertai lps ni.:D
alhamdulillah.....akhirnya berjaya juga adakan pameran tersebut.....pameran ini dapat memberi peluang kpd kita untuk menyumbang sesuatu......sesungguhnya setiap orang mukmin itu bersaudara jd masa itulah kita ambil peluang untuk menolong mereka yg dalam kesusahan....wassalam
ReplyDeletetahniah dan syabas buat pembina perlis...
ReplyDelete