Diantara intipati ucapan beliau ialah beliau menasihati para Asatizah supaya sentiasa berkhidmat kerana Allah ta'ala dan mengharapkan penglibatan aktif daripada guru-guru J-Qaf dalam membangunkan kembali modal insan kelas pertama.
Beliau juga menyeru kepada semua hadirin supaya sentiasa meningkatkan mutu kerja dan menjaga nama baik perkhidmatan awam.
Selepas ucapan beliau, telah diadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Gaza dari guru-guru Pendidikan Islam dan J-Qaf yang berjumlah RM 1060.00. Dua orang wakil Aman Palestin dari Sekretariat Aman Palestin Zon Utara, Ustaz Yahaya Nayan dan Saudara Amar telah dijemput hadir bagi menerima sumbangan dana berkenaan.
Ucapan terima kasih kami kepada semua yang telah menyumbangkan ke dalam Tabung Gaza tersebut. Semoga setiap sen yang didermakan Allah catatkan sebagai amal soleh yang akan memberatkan timbangan amal kita.
Adalah juga misi Aman Palestin untuk memastikan setiap sen yang didermakan oleh rakyat Malaysia sampai ke tangan rakyat Palestin yang berhak dan yang sentiasa berjuang menentang musuh agama. Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment