Hari sabtu yang lalu (17 Januari 2009), dua orang sukarelawan AMAN PALESTIN dari PEMBINA Perlis telah dijemput untuk menghadiri majlis Penyerahan dana untuk Tabung Aman Palestin di SMK Teknik Langkawi. Kami bertolak dari jeti Kuala Perlis sekitar jam 11.00 pagi. Ramai juga yang naik feri pagi tu (untuk melancong barangkali) kerana kelihatan wajah anak-anak kecil yang keriangan di dalam feri tu. Saudara Hamzah agak 'excited' dengan trip pendek ini, terus mengambil shot-shot yang menarik dengan kamera canonnya. Sebahagian perjalanan di dalam feri, kami membaca Al-Quran al-Karim. Sebenarnya ini adalah pertama kali kami diminta untuk hadir menerima dana sumbangan, terasa gementar juga memikirkan apa yang akan berlaku di sana nanti.
Tiba di sana sekitar 12.00 tengah hari. Sementara menunggu kedatangan Ustazah Muslihah bersama rakannya, kami telah bertemu dengan wakil MAKNA yang menceritakan tentang sumbangan yang boleh dibuat untuk pesakit kanser. Kemudian kami dibawa ke SMK Teknik Langkawi. Apabila memasuki ruangan dewan, apa yang kami lihat ialah semua pelajar dan guru memakai logo Aman Palestin. Terharu kami.Ruangan dewan penuh dengan poster-poster mengutuk Israel dan juga bahan pameran berkaitan isu Palestin dan Aman Palestin.
Rupa-rupanya, acara penyerahan dana tersebut adalah acara kemuncak majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat sekolah. Di dalam acara tersebut, Tuan Pengetua telah menyerahkan hasil kutipan derma dari warga SMK Teknik yang berjumlah RM 1216.50 kepada wakil Aman Palestin, saudara Amar Maarof. Sempat kami mengajukan soalan kepada para pelajar adakah mereka berminat untuk menjadi sukarelawan Aman Palestin. Mereka dengan rasa gembira menyatakan 'Ya'.
Itulah sedikit catatan pengembaraan kami ke Langkawi. Ucapan terima kasih kami kepada semua warga SMK Teknik Langkawi yang terlibat di dalam majlis tersebut. Walaupun sangat singkat namun banyak pengajaran yang dapat diperolehi daripadanya. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat pemurahnya lebih-lebih lagi kepada saudara seaqidah di Gaza. Marilah sama-sama kita membantu saudara kita dengan apa jua cara sekalipun. Semoga Allah menerima amalan baik kita semua yang akan memberatkan lagi neraca timbangan amal di yaumul mahsyar nanti.. Amin
Mohd Amar Maarof bin Ahmad
Hamzah bin Sakeran
alhamdulillah....betapa pentingnya kesedaran dan petunjuk daripada Maha Pencipta untuk sentiasa melakukan amal kebajikan. Harapan bersama supaya semangat dan usaha kita untuk membantu saudara-saudara seaqidah di palestin mendapat ganjaran yang sewajarnya daripada Allah s.w.t. Semoga Allah membuka jalan dan mempermudahkan segala urusan ke arah tersebut.
ReplyDeleteingatlah firman Allah yang bermaksud : "hai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah Tuhanmu dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan". (al-haj:77)
Sesungguhnya peristiwa Gaza ini membuka 1001 hikmah buat kita semua dalam terus beramal di atas jalan ini.
ReplyDelete