Serangan Yahudi keatas Gaza menggunakan jet-jet perang F-16 masuk hari ke tujuh mengorbankan setakat ini 420 syuhadah, mencederakan 2180 orang Islam yang dijajah, 380 dari mereka dalam keadaan tenat. Penjajah mengebom berbagai institusi awam, masjid, tempat tinggal dan tanah pertanian menggunakan pesawat perang F-16. Ini berlaku setelah kepungan dan sekatan keperluan asas dikenakan ke atas Gaza hampir genap 4 tahun (sejak 25.1.2005).Serangan mengejut pertama mensasarkan 40 tempat yang berbagai turut mengorbankan seorang Mesir di sempadan. Diantara yang syahid ialah salah seorang pemimpin tertinggi HAMAS di Gaza, Dr. Nizar Rayyan, professor ilmu hadis di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Gaza bersama berbelas isteri, ahli keluarga dan jirannya.
Untuk melihat analisis peristiwa dari Ustaz Abdul Halim klik di sini.
Benarlh seperti firman Allah bhw hanyasanya yg benar iman dan taqwanya adlh mereka yg sanggup mengorbankan harta serta jiwanya semata-mata mengharap redha-Nya
ReplyDeleteAllah mahu berurusniaga dengan harta dan jiwa milik kita dan Allah gantikannya dengan yang lebih baik "Al-Jannah". Namun tidak ramai yang mahu berjual beli dengan Allah walaupun ganjarannya sangat besar... Al-Jannah untuk mu wahai para Syuhada palestin kerana Engkau berjuang di atas jalan Allah, membunuh musuh Allah dan musuh agama serta akhirnya terbunuh di atas jalan ini..
ReplyDeleteKemenangan bagi Islam adalah suatu kepastian... bila?hanya Allah shj yang mengetahui
ReplyDelete