Sampai ke destinasi lebih kurang jam 11.00 pagi. Kelihatan tidak ramai pengunjung yang ada di kawasan tersebut. Sedikit menggembirakan kami kerana jangkaan kami meleset.."ingatkan mesti ramai pengunjung waktu cuti-cuti ni" .
Ekspedisi mendaki bukit hijau pun bermula. Berbagai ragam manusia yang dapat kami rakamkan. Melihat dan mentadabbur alam ciptaan Allah memang benar-benar menginsafkan kami semua disepanjang pendakian. Teringat kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, bagaimana beliau mengarahkan tentera-tentera Islam untuk menolak kapal melalui bukit dalam cubaan untuk menawan konstantinopel.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Radix Fried Chicken (RFC) Sungai Petani. Restoran Halal milik umat Islam. Sesak dengan pelanggan. Terpaksalah kami menyusun strategi untuk mendapatkan meja yang kosong. Selepas setengah jam menunggu, barulah sampai giliran kami.. Dapatlah kami menikmati ayam goreng spicy RFC..Kelihatan kempen Gaza dari Aman Palestin di atas meja...Alhamdulillah.
Secara keseluruhannya, trip kali ini mencapai ahdaf yang kami tetapkan. InsyaAllah.. Semoga ianya menjadi kenangan tarbawi buat semua peserta trip Lata Hijau kali ini. Terima kasih kepada pemilik 'buraq', saudara Hamzah yang sedia ke mana sahaja apabila diperlukan.. :)
Wallahu'alam
Abu Balqis
Alhamdulillah...semuanye berjalan lancar
ReplyDeleteAlhamdulillah, next trip.. Gua Kelam..
ReplyDeleteSyukran kepada penaja2 RFC & xlupa jg pemilik "buraq" yg bermurah hati menumpangkan kami. :D
ReplyDeletesedihnya dihati apabila tak dapat join program kali ni.
ReplyDeletetapi sedikit terubat melihat semangat sahabat2...
teruskan perjuangan...
sedih juga mase tu demam + batuk...
ReplyDelete